Sememangnya lelaki dan wanita dua makhluk Tuhan yang berbeza. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka. Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereke begitu berbeza...
1 - Nama
Jika Anita, Laila, Aishah dan Sarah keluar makan, mereka tetap akan memanggil Anita, Laila, Aishah dan Sarah di antara mereka.
Jika Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz keluar makan, merea akan memanggil boroi, raksasa, hitam dan panau di antara sesama mereka.
2 - Makan di luar
Apapbila dapat bil, Anita, Laila, Aishah dan Sarah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
Apabila dapat bil, Adi, Syahril, lutfi dan Faiz akan keluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya adalah RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkanjumlah sen tersebut.
3 - Duit
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.
Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banayak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barangan yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.
4 - Bilik Air
Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.
Wanita pula secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan kegunaannya.
5 - Pertengkaran
Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Alal-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu.
Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru.
6 - Kucing
Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini.
Lelaki? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita memandang, lelaki akan menyepak kucing itu.
7 - Masa Hadapan
Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah merea dapat seorang suami.
Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa hadapannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.
8 - Kejayaan.
Seoraang lelaki yang berjaya ialah seorang yang dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
Seorang wanitadikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti di atas itu.
9 - Perkahwinan
Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.
10 - Bergaya
Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah di luar, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton TV.
Seorang lelaki hanya akan bergaya ketika di majlis perkahwinannya dan juga ketika majlis pengebumian.
11 - Sifat Semulajadi
Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah sekiranya setelah mereka berkahwin.
Seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. Apabila mereka bangun dari tidur? Huh! Menakutkan...
hihi.. ni diambil dari Majalh Remaja edisi 1 Dis 2010. lambat update haha... saje2 nak kongsi bile terbaca balik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan