Hi..
Aku tak tau since when rumble has been created. Tapi ape yg aku tau da banyak rumble yg aku join samada aku dirumble atau aku yang meramble...
Aku ingat lagi mase blaja kat U dlu dengan budak2 Kembara.. dorang ni mmg gemar main rumble2 ni.. Mmg sronok la kalau tengok kejadian rumble nih... Selalunya rumble akan terjadi untuk sekadar suka2 dengan mengenakan mangsa dengan pelbagai cara. Kalau nak diikutkan memang tragis jgk la keadaanmangsa tu hahaha.. Ade satu kes tu member girl kene ikat kat kerusi ngan 3-4 orang lagi member kitorang gak. Bengang gile mangsa tu sampai membawak mengigau malam tu.. Dia pulak jenis mengigau kalau kita tanya dia boleh jawap.. Hahahaha kelakar tahap gaban.
Ada beberapa kes pulak masa kitorang pergi pergi panjat gunung. Selalunya yg kene rumble adalah member2 yg dah grad-7 (orang yg dah tawan 7 gunung tertinggi di semenanjung malaysia). Time tu tepung la, air tanah la memang jadi bahan utama utama untuk merumble. Kejar mengejar tak payah cakap la.. da puas main rumble kitorang tangkap gambar ramai2.. ade beberape gambar masih dalam simpanan tapi tak dapat nak upload plak.. huhu..
Dalam kejadian lain yang aku pernah join semasa sesi war game di hutan sintok (game perang pakai soya basi yang direka oleh bebudak Kembara untuk kelab lain seandainya diorang ada program seperti kem waja diri dsb..game ni jugak kitorang akan pakai mase kem orientasi budak yg baru join kelab yg kitorang panggil KIC - kembara induction camp). Masa ni best sket sbb main perang-perang... so kitorang boleh menyerang hendap atau mengatur strategi untuk membalas serangan.. Peluru yang dibuat dari soya basi memang likat pekat melekat baunya tak payah cerita la... Diorang dah basikan soya tu berhari2 pastu campur dengan air longkang la telur la... bau memang meloyakan wekkk... kalau kene kat baju seminggu tak hilang bau woo.. hehe
Kes rumble jugak popular masa harijadi. Mase harijadi aku yang ke 21/22 aku tak berapa ingat aku kene rumble dengan budak levelmate. Dorang standby kat tingkat atas mase aku naik tangga.. Dorang simbah aku dengan tepung lepastu air sebaldi keh.. main kejar-kejar la kitorang mase tu sampai aku jatuh terduduk.. tapi memori tu bagi aku indah... mungkin ada sesetengah orang yg mungkin merasekan rumble satu kenangan pahit andai dorang kene rumble yang melampaui batas contoh kene letak ular ke atau sesuatu yang boleh membahayakan diorang. Tapi bagi sesetengah orang pasti menganggap ia satu kenangan manis macam aku hehe...
Tapi yang ni aku tak bole blah... malam tadi kitorang merumble sorang anak buah aku dengan tepung yang dibancuh ngan air... sampai menangis bagai dia.. pada aku so annoying jugak la coz orang lain ada yang kene lebih teruk dari tu tapi still sporting. Seriously nih the first and the last to rumble her... Siap ngan pakej sumpah seranah kitorang dapat semalam.. For meto say sorry? not in the millions years... Afterall memberi lebih baik dari menerima... pasal maaf? i dont even care sebab best merumble and menunjukkan kitorang berjaya sampai si mangsa melalak.. hahaha..Nway happy birthday for her and smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... Last but not least, padan muka hahahaha....
Sabtu, 31 Mei 2014
Khamis, 15 Mei 2014
Kisahku dan Kamu part 1
Assalamualaikum...
Perjalanan aku dalam mencari cinta bukanlah sesuatu yang mudah dan indah. Banyak kenangan dan pengalaman telah aku kutip di sepanjang jalan yang akan menjadi sebuah memori di dalam lubuk hati dan Minda. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian dan aku tahu Allah itu Maha Kuasa dan Maha Adil.
Di suatu saat aku percaya bahawa jodohku telah kutemui namun ianya direntap kembali lantas menyedarkan aku yang berada di awang awangan. Aku bagaikan hilang arah dan tujuan menyaksikan dia di depan mata namun tak bisa aku miliki. Walau dia berada dekat namun aku jauh dari hati. Pedih saat-saat yang kulalui dan rencanaku kian memakan diri. Benar aku telah menaruh rasa cinta yang anat dalam buat dirinya hingga aku merasakan separuh dari lubuk hati hanya ada namanya. Benar kata Aliyah cinta bukan milik kita. Dihatinya ada nama lain yang bertakhta sejak sekian lama.
Tangisan kerapkali menjadi teman. Rajukku tidak Berpujuk lalu membuatkan jiwaku Remuk. Luluh hati ini bila diri bagai tak dihargai. Apa yang dilalui bersama bagai tak terusik dek hati kecilnya. Hanya aku yang mengenang saat-saat berdua. Rupanya sayang yang kusemai tidak berputik. Lalu kekecewaan yang telah kuhadapi membuatkan aku ingin lari. Benar, kubawa diri ini pergi bersama tangisan airmata. Di dalam hati begitu sarat dengan sebak. Itu perlu kulakukan demi melepaskan dan melupakannya yang telahpun ada insan istimewa.
Kepergianku ke tanah kelahiran seperti tidak menampakkan jalan keluar. Setiap detik dan waktu hanya dirinya menari di ruang fikiran. Lagu-lagu yang dimainkan bagai membuaikan lagi perasaan rinduku. Lalu cinta itu seperti masih sukar kulupakan. Setiap malam dan siang takkan kulepaskan dari ingatan terhadap dirinya walau kutahu dia tidak mungkin mengingati diri ini.
Hari-hariku selusuri dengan rindu yang mendalam hingga ada kalanya aku kembali ke tempat itu dimana kami pernah menghabiskan masa bersama. Namun yang tinggal hanya kenangan di tempat itu. Walau aku berjaya menatap wajahnya tapi tak ku dengar bicaranya. Kerna disaat itu bicaranya tidak ditujukan buatku. Mujur ada teman-teman lain berasama jika tidak aku pasti takkan menemuinya. Kulepaskan rindu yang sarat dengan hanya mencuri pandang. Dan demikian semakin dalam cintaku padanya. Buat kesekian kalinya aku pulang dengan linangan airmata.
Semangat untuk melupakan dirinya membuatkan aku menyibukkan dirigible dengan dua pekerjaan. Di dalam kesibukanku wajahnya tetap tidak luput. Ku cuba melupakannya dengan gurau senda dengan teman-teman di tempat baru dan tanpa kusedaru bibit bibit persahabatan kujalinkan dengan seorang jejaka yang tak ku sangka kemudiannya menjadi kekasihku.
Memang kudapat rasakan kebahagiaan. Diri ini sering dimanjai. Namun akhirnya menjadi duri pabila rasa cemburu nenguasai diri. Tidak kunafikan dia seorang yang sangat cemburu hinggq aku tidak lagi sanggup menghadapinya. Lalu peepisahan adalah jalan yang aku pilih.

Rabu, 14 Mei 2014
Assalamualaikum.... Da lama aku x ngadap entri. Kalini aku nk ceritakan tentang arwah yang dah 4 taun meninggalkan kami... Dia Mohd Hairin bin Mazlan and i really missed him sooo much... aku telah kehilangan satu-satunya adik dlm hidupku... Namun apekan daya... Allah lebih mengasihinya dan aku berdoa agar rohnya sentiasa aman dan tenang di sisiNya...
Well... sehari sebelum arwah meninggal die ade call aku n kate nk jumpe.. n aku plak mase tu rindu giler kat die... aku suruh die dtg rumah aku yg mase tu aku duk kat setiawangsa... tp die kate dh sampai cheras then die malas nak patah balik... maybe die takut sedih untuk berjumpe aku... orang yang nak meninggal msti die dpt rase waktu dh dekat... so aku agak ralat sebab tak dpat berbual dgn die buat kali terakhir secara berdepan... last kitorg cakap mase die call aku lah.. tu je...
Esoknye tu mase aku ngah keje... mase tu aku keje TM lagi... so aku dpt missed call dari baba aku... bile aku call balik die tak angkat... aku try call abg aku pon tak dapat... aku dah rase tak sedap ati... aku try call diorg bnyk kali lastly aku dpt msg dr tunang arwah mengatekan die ekskiden kat lebuhraya MEX.. aku try call family aku lg still x dpt... tibe2 tunang arwah adik aku antr smsm 'al-fatihah untuk Mohd Hairin'... Jantung aku mase tu luluh tuhan aje yg tau... Lastly aku call ayah aku tanye btul ke tak.. bile baba kate btul je... serte merta air mata berjujuran di pipi... memang tak dapat dibendung lagi.. aku menangis teresak-esak kat booth... Untung member aku ade n die offer nak antar aku ke hospital serdang sebab jenazah di bawa ke sane..
Sampai di hospital serdang member aku yg mase tu jugak sbg bos aku memberi wang rm50...jasamu mmg ku kenang sahabat.... abg aku dan bbrp ahli keluarge terdekat juge ade bersama.... Beberapa minit menunggu... polis panggil untuk pengesahan... masuk je kat dalam bilik tu memang tak salah lagi... memang arwah... tunang arwah menangis disebelah aku... air mata yang cuba kutahan mengalir lagi...
Petang tu juga... jenazah kami bawa pulang ke kampung halaman... mase tu pulak kakak aku no 2 dgn mak di mekah menjalani umrah... tak tau macam mana nak khabarkan pade mereka... aku call abg di kampung meminta dia menaklumkan pada org kampung dan juga imam... juga meminta dia menguruskan penyediaan liang lahad... Jam 7 lbh sekitar mangrib aku sampai di kampung bersamam baba aku n abg yg ke 3... mase tu jenazah dh ade di rumah... tunggu lepas isya' baru kebumikan... sesampai di muka pintu kakak aku yg no 8 memeluk aku serte merta... 'kite dh takde adik dik...' itulah ungkapan beliau pada ketika itu yg seterusnya membuat airmataku mengalir lagi... k.long dan yg lain turut berada di kampung... beberapa org kampung turut merasai suasana sedih yg menyelubungi kami... serta merta aku ke dapur mengambil wudu' dan ku bacakan yasin di sisi arwah...
Sepanjang membaca yassin aku menangis... puas aku cuba untuk tidak menangis tapi air mata tetap mengalir jua... selepas isya' jenazah di bawa ke kubur... selelpas talkin kami dipanggil untuk menatap wajah arwah buat yang terakhir kali.. aku mengucup wajahnya dan aku masih tak dapat menahan sebak. Kemudian jenazah pun dilebumikan... ibu angkat adik aku yg slama ini mmbesarkan dia turut berada di situ dan beberapa kali die mengungkapkan... 'kesian erin duk sorang dalam tu'.. apakan daya kami hanya pasrah. Itulah kali terakhir aku bersama arwah. Smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan berasama orang 2 yg soleh. Aminn...
Langgan:
Catatan (Atom)