Khamis, 24 Mac 2011

Hari Kebizian

Assalamualaikum....

Da agak beberape minggu tak sempat nak melawat blog sendiri. Agak sibuk kebelakangan ni. Bukan sengaja menyibukkan diri tapi memang betul-betul sibuk.

Minggu lepas macam biasa bekerja dari pagi ke petang. Semenjak sorang kawan aku ni balik dari Kelantan, projek TM pon bermula.

Memang dah ada perancangan untuk bukak 'booth' TM. Tapi tak tersangka yang apa dirancangkan tu menjadi nyata. Kawan aku bawak balik 'booth' dari kelantan beserta dengan khemah untuk kami pacak di mana-mana yang bersesuaian.

Berkat dari usaha kitorang, dapat juga bukak booth di Keramat Business Centre. Sibuk menguruskan 'booth' sampai terpaksa bekerja setengah hari sahaja sebagai 'teleserveyor'. Walaupun memang sebelum ni kerja setengah hari je. hehe....

So, bila dah bukak 'booth' tu juga sampai tak sempat nak ke kerja. Tapi nasib baik kerja tak terikat dengan 'company'. Kalau kerja terikat ni agak payah nak dapat cuti. So disebabkan tu aku selesa dengan keadaan sekarang.

Walaupun gaji agak tak berapa 'best' tapi cuba cari pengalaman la kan... Mana tau susah-susah aku sekarang ni aku boleh bersenan lenang pula di kemudian hari kan.. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tau.

Aku sekarang tengah bekerja keras juga. Minggu depan akan mula balik kerja sebagai penyelidik, then petang aku akan buat 'sales' untuk TM. Masyuk juga bila dapat claim kan.. hehehe... walaupun agak lambat la...

Hopefully untuk beberapa bulan ni aku dapat bertahan dan aku dapat menjana lebih pendapatan. Kalau boleh nak berjaya dalam masa yang singkat. Tapi bukan senang la kan.. Kene buat satu persatu.. orang kata pelan-pelan kayuh...

K la.. papai... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan