Khamis, 15 Mei 2014

Kisahku dan Kamu part 1

Assalamualaikum...
Perjalanan aku dalam mencari cinta bukanlah sesuatu yang mudah dan indah. Banyak kenangan dan pengalaman telah aku kutip di sepanjang jalan yang akan menjadi sebuah memori di dalam lubuk hati dan Minda. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian dan aku tahu Allah itu Maha Kuasa dan Maha Adil. 

Di suatu saat aku percaya bahawa jodohku telah kutemui namun ianya direntap kembali lantas menyedarkan aku yang berada di awang awangan. Aku bagaikan hilang arah dan tujuan menyaksikan dia di depan mata namun tak bisa aku miliki. Walau dia berada dekat namun aku jauh dari hati. Pedih saat-saat yang kulalui dan rencanaku kian memakan diri. Benar aku telah menaruh rasa cinta yang anat dalam buat dirinya hingga aku merasakan separuh dari lubuk hati hanya ada namanya. Benar kata Aliyah cinta bukan milik kita. Dihatinya ada nama lain yang bertakhta sejak sekian lama. 

Tangisan kerapkali menjadi teman. Rajukku tidak Berpujuk lalu membuatkan jiwaku Remuk.  Luluh hati ini bila diri bagai tak dihargai. Apa yang dilalui bersama bagai tak terusik dek hati kecilnya. Hanya aku yang mengenang saat-saat berdua. Rupanya sayang yang kusemai tidak berputik. Lalu kekecewaan yang telah kuhadapi membuatkan aku ingin lari. Benar, kubawa diri ini pergi bersama tangisan airmata. Di dalam hati begitu sarat dengan sebak. Itu perlu kulakukan demi melepaskan dan melupakannya yang telahpun ada insan istimewa. 

Kepergianku ke tanah kelahiran seperti tidak menampakkan jalan keluar. Setiap detik dan waktu hanya dirinya menari di ruang fikiran. Lagu-lagu yang dimainkan bagai membuaikan lagi perasaan rinduku. Lalu cinta itu seperti masih sukar kulupakan. Setiap malam dan siang takkan kulepaskan dari ingatan terhadap dirinya walau kutahu dia tidak mungkin mengingati diri ini.

Hari-hariku selusuri dengan rindu yang mendalam hingga ada kalanya aku kembali ke tempat itu dimana kami pernah menghabiskan masa bersama. Namun yang tinggal hanya kenangan di tempat itu. Walau aku berjaya menatap wajahnya tapi tak ku dengar bicaranya. Kerna disaat itu bicaranya tidak ditujukan buatku. Mujur ada teman-teman lain berasama jika tidak aku pasti takkan menemuinya. Kulepaskan rindu yang sarat dengan hanya mencuri pandang. Dan demikian semakin dalam cintaku padanya. Buat kesekian kalinya aku pulang dengan linangan airmata. 

Semangat untuk melupakan dirinya membuatkan aku menyibukkan dirigible dengan dua pekerjaan. Di dalam kesibukanku wajahnya tetap tidak luput. Ku cuba melupakannya dengan gurau senda dengan teman-teman di tempat baru dan tanpa kusedaru bibit bibit persahabatan kujalinkan dengan seorang jejaka yang tak ku sangka kemudiannya menjadi kekasihku. 

Memang kudapat rasakan kebahagiaan. Diri ini sering dimanjai. Namun akhirnya menjadi duri pabila rasa cemburu nenguasai diri. Tidak kunafikan dia seorang yang sangat cemburu hinggq aku tidak lagi sanggup menghadapinya.  Lalu peepisahan adalah jalan yang aku pilih. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan